Tuesday 17 June 2014

hAtI mAnUsIa

20 Syaaban 1435

Bismillah Alhamdulillah ...

Terbit matahari, terbenamnya matahari hari kita berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar kini hampir seminggu dah cuti dan berada d rumah serta bersama keluarga tercinta. Ramadhan kini kembali bersama kita dalam beberapa hari sahaja lagi.

Hati .. hati .. hati manusia ini berbolak balik, azri memang takut dengan hati. Ini kerana hati yang Allah pinjam kepada azri dan kita semua yang bergelar manusia ini amat lembut dan perlukan penjagaan sepenuhnya. Bila nafsu sudah mengikat pada hati, ini akan menjadikan hati kita terpenjara dan lemah. Sekuat mana usaha kita menjaga hati serta mengelakkan hati kita sedikit demi sedikit menjadi hitam bergantung kepada amalan serta ke mana hati kita sering pergi.

Azri tidak kuat. Tidak kuat untuk menjaga hati ini. Setiap hari mendoakan semoga diberikan pentunjuk serta di jaga hati ini, tapi diri ini begitu lemah, rapuh. Semasa hari2 terakhir praktikum, penyelia sempat menitipkan sebuah lagu yg dinyanyikan oleh Opick yg berjudul Tombo Hati @ Ubat Hati. Tombo hati itu ada lima perkara. Cif Wan pesan, ubatlah hati/ jagalah hati dengan lima perkara tersebut. InsyaAllah

Semoga hati azri dan kita semua kuat .. insyaAllah

Saturday 7 June 2014

Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia

DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Renungankan bersama...



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــيKupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Benarkah kita begitu sibuk?

copy & paste from muhdkamil.org

Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan Aku akan menutup kemiskinanmu.  Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan Aku tidak menutup kemiskinanmu.
Alhamdulillah, Subhnallah, Allahu Akbar.
Hadis ini benar-benar menyentak hati dan perasaan apabila melihat realiti kehidupan dunia akhir zaman. Ia dunia saya dan kaum keluarga. Malah ia dunia kita dan keturunan kita.
Kenapa?
Masa tidak menginsut ke belakang. Setiap hari ia menuju ke hari pembalasan. Lalu minda berfikir dan melihat jalan lampau yang telah dilalui. Saya membayangkan masa sehari semalam yang telah digunakan secara rutin. Sekadar mencatatkan bagaimana kita menghabiskan masa. Misalnya, masa untuk tidur di antara 5-6 jam sehari semalam, berada di pejabat melebihi lapan jam, urusan luar pejabat, perjalanan, makan-minum, beriadah, shopping, bersosial dan pelbagai tugas lain. Masa sisa hampir sifar. Berdasarkan congak matematik, ia menjadikan kita kehabisan masa untuk beribadat secara khusus kepadaNya.
Akhirnya – Alhamdulillah – walaupun begitu kiraannya, kita masih mampu menunaikan solat lima waktu walaupun di hujung waktu, tidak berjemaah, solat pantas-pantas dan ia kelihatan menjadi seumpama kerja sampingan berbanding dengan rutin lain yang dilakukan dengan kadar yang lebih bersungguh. Allah ya Allah, saya membayangkan sebahagian masa muda yang telah diabaikan sehingga solat fardhu tidak diberi tempat yang sewajarnya. Jika tiang agama ini pun tidak didirikan dengan sempurna (nota: mungkin juga tiada tiang) maka apakah yang boleh diharapkan dengan cabang-cabang ibadat yang lain.
Saya merenung dan berdiam diri.
Malah ketika Allah memberi kelapangan masa untuk berfikir, saya ajukan beberapa pertanyaan asas kepada diri sendiri. Agaknya berapa ramai yang mampu bersolat lima waktu berjemaah di masjid? Ia bukan satu kelaziman. Malah ada yang berkata, “ia bukan perkara wajib”. Malah bekas bos saya pernah berkata, “Allah memberikan masa untuk solat Zuhur di antara jam satu tengahari hingga empat petang. Terpulanglah kepada kita bila dan ketikanya mahu solat asalkan ia dalam waktu solat”. Maka ia tidak menjadi kesalahan atau keperluan untuk memberhentikan mesyuarat apabila azan dilaungkan. Azan bukanlah panggilan yang perlu diberi keutamaan.
Agaknya berapa ramai yang mampu membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya sekurang-kurangnya semuka sehari? Tidak. Ia mungkin sudah tidak terlalu mustahak. Lalu mungkin terlintas di hati – kami tidak mempunyai masa untuk membuka kitab yang sepatutnya dibaca dan difahami. Ia tidak penting dalam kehidupan dunia masa kini – walaupun diam-diam ia terlalu pahit untuk ditelan. Hakikatnya, manusia kesempitan dan kekurangan masa untuk meluangkan sedikit masa berharga bagi melakukan amal ibadat asas ini.
Entah. Berapa ramai yang mampu bangun malam, bertahajud dan memohon keampunan Allah ketika manusia lain nyenyak tidur. Tidak sedikit yang merasai waktu tidurnya terganggu jika mereka melapangkan masa untuk melakukan salah satu ibadat yang disukai Allah SWT. Mereka bertanya, “bagaimana saya mahu bekerja pada keesokan harinya jika tidur tidak cukup?”. Begitulah, Allah memberikan kesempitan rasa kerana kita sendiri tidak mahu mencuba atau melapangkan masa sehinggalah merasaiendiri nikmat bangun mala.
Hadis ini membenarkan corak kehidupan masa kini. Malah – jika saya melihat daripada pandangan sisi – ia benar-benar berlaku betapa kehidupan kita terlalu sempit dan miskin teutamanya apabila dikaitkan dengan perasaan di dada dan fikiran di minda. Jiwa sentiasa resah gelisah. Kita berasa sentiasa tidak kecukupan.
Mereka yang berpendapatan berjuta mahu berbilion. Lalu urusan kerja menjadikan mereka tidak mampu solat berjemaah lima waktu di masjid. Apatah lagi jika pendapatannya cukup-cukup makan. Mereka yang bekerja di pejabat terutamanya yang berjawatan terpaksa menghadiri mesyuarat demi mesyuarat yang tseolah-olah tidak pernah berkesudahan.
Pelajar universiti terlalu sibuk dengan kuliah dan tugasan yang mengejar masa. Kelihatan benar sekali betapa masa terlalu sempit dan tidak berkecukupan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Seorang suri rumah sepenuh masa juga berada di dalam dunia yang disibukkan. Tiada ruang untuk mereka menghafal sebaris dua ayat-ayat suci al-Quran dalam tempoh 24 jam masa sehari semalam. Malah masa agak terbatas untuk ibu bapa menyemak bacaan dalam solat anak-anak. Mungkin sehingga anak-anak sudah meninggalkan rumah kedua ibu bapanya, kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar mengetahui bacaan mereka itu betul ataupun salah. Ia berlanjutan kepada generasi seterusnya.
Dan ia tidak habis-habis begitu!
Lalu saya terfikir betapa janji Allah sentiasa benar. Jika kita meluangkan masa kepadaNya, maka sebagai balasan, Dia akan memberi sebanyak-banyak masa kepada kita. Bagaimana? Entah. Allah Maha Berkuasa. Tentu sekali Dia benar-benar mengetahui bagaimana Dia mampu memberikan kekayaan di dada dan menutup kemiskinan. Saya fikir kekayaan dan kemiskinan yang boleh dikaitkan dengan hati, perasaan dan juga harta benda. Malah jika ia dianugerah Allah, ia tidak akan sekali-kali mengurangkan apa yang dimiliki olehNya. Sah, ia tawaran bukan olok-olok.
Tentu sekali saya bukan pengkaji hadis. Malah saya menerima hadis ini seadanya. Maksud saya – InsyaAllah – mereka yang bersekolah, tidak buta huruf dan mempunyai akal yang cergas mampu memahami dan mengamalkan maksud sebenar hadis ini. Ringkasnya, bahasa terjemahannya tidak berlapik-lapik. Lalu saya mahu mengamalkan apa yang disarankan melalui hadis ini agar ia menjadi ibadat yang diterimanya.
Misalnya, ketika menjawat jawatan Pengarah di salah sebuah kampus universiti Malaysia, saya mengarahkan kesemua kegiatan pentadbiran termasuklah mesyuarat dan urusan lain dihentikan menjelang solat Zuhur dan Asar. Saya mahu melapangkan masa agar kami – saya dan staf yang lain – dapat menunaikan solat berjemaah di masjid. Malah kesemua staf dan siswa mengetahui yang saya hanya hadir untuk merasmikan majlis di sebelah malam setelah usai solat Isya di masjid yang berhampiran. Benar, saya melapangkan masa untuk beramal ibadat kepadaNya sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda SAW dalam konteks solat berjemaah.
MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akbar, saya tidak fikir tindakan seumpama ini menjadikan mesyuarat-mesyuarat yang saya kendalikan menjadi huru-hara dan tidak mencapai tujuan. Sekurang-kurangnya kesemua ketua jabatan di bawah pentadbiran saya bersama-sama bergerak ke masjid apabila sampai waktunya. Kami semua berada pada saf pertama. Ia menjadi contoh kepada siswa-siswi yang merupakan di peringkat anak-anak yang kemudiannya akan menjadi contoh pula kepada peringkat cucu-cucu kita.
Malah – hakikat sebenar – saya fikir sayalah salah-seorang pengarah kampus yang sekali-kali tidak akan menolak permohonan siswa-siswi untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh mereka. Bezanya, kita lewatkan sedikit masa mula majlis agar ia tidak mengganggu solat berjemaah di masjid. Tidak mengapa jika kita anjakkan sedikit waktu sudah majlis jika itu yang mereka mahukan.
Alhamdulillah, saya fikir Allah telah memberi kelapangan masa dan tenaga yang tidak pernah saya duga. Benar sekali melapangkan masa untuk beramal ibadat kepadaNya akan membuka lebih banyak masa untuk melakukan urusan dunia yang lain. Malah dalam konteks yang berbeza, mengutamakan ibadat khusus akan memberi ruang kepada kegiatan lain menjadi ibadat yang diterima dan diredhai oleh Allah SWT.
Misalnya mudah, jika kita bermesyuarat tanpa mengambil kira solat berjemaah di awal waktu, maka ia menjadi lara yang disengajakan. Agak saya – mengikut aturannya – ia tidak akan menjadi satu ibadat. Sebaliknya, mesyuarat juga akan menjadi satu ibadat jika perlaksanaannya mengambil kira pelbagai aspek yang dianjurkan oleh Allah SWT – misalnya – seluruh ahli mesyuarat meninggalkan kerusi empuk dan berdiri tegak di dalam saf masjid untuk memulakan solat zuhur berjemaah.
Allahu Akbar. Allah memberi kekayaan jiwa kepada saya dan pentadbir yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kami bermesyuarat, berhenti untuk solat berjemaah di masjid dan menyambung kembali mesyuarat jika perlu setelah usai melaksanakan ibadat khusus kepadaNya. Allah ya Allah, saya rasa bahagia berbanding dengan masa lampau. Pada ketika itu hati berasa hebat kerana sibuk dengan sesibuk urusan sehingga semakin hari semakin jauh daripadaNya tanpa kita sedari.
Malah mereka yang sudah bertungkus-lumus bekerja 25 – 30 tahun dan berada di ambang persaraan masih sibuk merancang untuk bekerja selepas bersara tetapi masih meninggalkan komponen beramal ibadat secara khusus kepadaNya. Hakikatnya mereka masih tidak berkecukupan wang ringgit, begitu buntu menghadapi masa sisa yang sedikit dan berasa bodoh tidak melakukan apa-apa setelah bertahun-tahun diasak dengan kesibukan yang tidak bernoktah. Itulah agaknya yang dikatakan “Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan Aku tidak menutup kemiskinanmu”.
Kemudian, bayangkanlah jika kita meluangkan masa untuk bangun malam bertahajud. Gabungkan hadis ini dengan hadis terdahulu yang bermaksud,
Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hamba Ku yang berdoa kepada Ku, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hamba Ku yang meminta ampun kepada Ku, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba Ku yang meminta kepada Ku, supaya Aku memenuhinya?
Bukankah itulah kekayaan yang sebenar? Kita dianugerahkan nikmat berdoa, bertaubat dan meminta yang mahu diterimaNya. Janji Allah begitu. Maka saya tidak mahu menjadi golongan yang tidak mampu berfikir yang hanya mengetahui dan mempelajari hadis ini tanpa mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamalkannya. MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akbar, aku mohon keampunan Mu ya Allah.
Maka saya mula mengajak kaum keluarga, rakan yang hampir, staf dan masyarakat untuk melapangkan masa kepada Dia yang mencipta dan menerima kembali apabila tiba masanya. Dia menguji kita dengan masanya yang diberi sama rata kepada setiap manusia. Saya mengajak, “marilah kita melapangkan masa untuk solat berjemaah, bangun pada 1/3 malam tersisa, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, membaca al-Quran dan memahami isi bacaan tersebut serta membersihkan hati dengan melakukan segalanya semata-mata kerana Allah.
Akhir sekali, tentu sekali saya tersenyum mendengar cerita tentang keadaan sesetengah isteri yang mengikut suami ke Luar Negara terutamanya mereka yang pernah berkerjaya berkata,
Saya hampir tiada waktu lapang di Malaysia. Di sini saya tidak tahu apa yang mahu saya lakukan.
Maksudnya mudah, “saya tidak sibuk di sini”. Maka jika berkesempatan mahu saya nyatakan,
Cubalah menghafal lima baris ayat al-Quran sehari. Enam hari – InsyaAllah – akan hafallah surah al-Fajr”.
Lalu tolehlah ke belakang dengan masa tidak sibuk yang dianugerah Allah. Tanya dan jawablah satu soalan mudah, “sudah habiskah kita membaca terjemahan al-Quran?”. Manusia suka menyebut tentang kesibukan dunia mereka. Apalah agaknya yang hendak dibanggakan dengan kesibukan yang tidak berpenghujung. Bila usia pencen pun masih mahu sibuk-sibuk lagi. Kita benar-benar mencari jalan untuk menyibukkan diri.
Mereka tidak sedar yang masa mereka telah disempitkan. Saya mohon keampunan Allah.
Nota Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pada kitabnya Jami’ Tirmizi melalui kitab: Zuhud.  Hadis nombor 2466.

Friday 6 June 2014

Bismillah .. Alhamdulillah 
Syaaban 1435H/ 7 Jun 2014

Hanya Allah yang tahu dan kepada Allah segala ku serahkan. 

Perjalanan kehidupan ini harus diteruskan, walau suka duka yang dihadapi. Senyumku hanya penampilan luarku, dalam ku ini penuh gelora. Hati kecil ini sering menangis kegembiraan, menangis kesedihan dan bagai lagi. Apa yang orang lihat pada diri ini hanya dapat dipandang sekadar luaran, belum ada yang faham dan dapat memandang dalaman ini waima ibu dan ayah sekali.

Gembira diri ini kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang sangat baik dan memahami walaupun adakalanya rasa agak dikongkong, tapi itu untuk kebaikan diri yang lemah ini. Gembira juga dikelilingi sahabat2 yang sangat baik tak terkata, kerana tiap masa itu hanya ada mereka di sisi ini. Saya sangat senang bersama sahabat2 saya (junior2 dan senior2). Kalian amat sporting, selalu teman keluar, selalu belanja. Kalian sangat memahami, saya ja yang kurang memahami

Sedihnya hati ini bukan kerana tidak bersyukur dengan segala pemberian dan nikmat, tetapi diri ini terasa sangat membebankan dan tidak menghargai dan dihargai. Mungkin ini akibatnya saya payah hendak tidur setiap malam. Sering terfikir di usia menjangkau 25 ini, diri ini masih meminta2 pada keluarga terutamanya ibu dan ayah, mak cik2 waima adik saya sekalipun. Malunya ... bagaimana ingin diri ini lalui masa yang terus berjalan ini tanpa ada wawasan didepannya .. pada sahabat2 pula, malunya diri ini kerna sering memaksa dan minta ditemankan, sungguh diri ini perlu kalian ... Allahu Rabbi

Ya Allah, setiap malam rintihan ini membuatkan diri ini tidak dapat lena. Dunia yang fana dan sementara ini amat luas dan berat untuk diri ini lalui. Banyak dosa, khilaf, silap saya lakukan. Hanya doa dan ummul kitab yang mampu diri ini titipkan setiap kali selepas solat dan sebelum tidur kepada Rasulullah yang tercinta, ibu dan ayah yang dikasihi, para keluarga, sahabat2, guru2 serta yang mengenali. Saya berdoa, semoga semuanya dalam rahmat dan pentunjuk Allah, dipermudahkan segala urusan, mendapat rezeki yang berkat serta dipanjangkan umur yang bermanfaat.

Coretan ini bukar sekadar untuk ditulis dan ditatap oleh kalian semua, tetapi saya sentiasa bermonolog dek kerana sentiasa memikirkan sekitaran/perkara ini. Ikhlas dari hati yang kecil wallahua'lam

Salam Sintok ... Terima Kasih Semua ... Azri
berbaki 4 hari untuk balik ke Sarawak untuk bersama keluarga. InsyaAllah

Friday 9 May 2014


==============
7 PERINGKAT NAFSU
==============
(1) NAFSU AMMARAH – Nafsu di tahap paling rendah dan jahat. Yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.
(2) NAFSU LAWWAMAH – Jika pada tahap nafsu ammarah diri tidak terkilan dengan kesalahan dilakukan, bahkan megah dengan dosa, tetapi pada tahap ini diri kesal atas keterlanjuran dan kekurangannya menunaikan kewajipan.
(3) NAFSU MULHAMAH - Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhamah ini? Iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga.
(4) NAFSU MUTHMAINNAH - Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hukum Allah dan manhajnya, ketentuan qada dan qadar (takdir), mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadat. Malah, diri tenang menghayati konsep kehambaan diri kepada Allah, sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada segala penyakit.
(5) NAFSU RADHIAH – Nafsu yang menerima dengan rela apa saja ketetapan dari Allah sama ada hukum-hakam dan syariat Allah.
(6) NAFSU MARDHIAH – Kedudukan mereka redha-meredhai, Allah redha ke atas mereka dan mereka redha kepada Allah.
(7) NAFSU KAMILAH – Nafsu yang sempurna, keinginan hanya kepada Allah semata-mata. Nafsu ini dimiliki oleh para Rasul dan Nabi.
Marilah kita bersama muhasabah diri.
Wallahu'alam.

Monday 5 May 2014


MUHASABAH DIRI...Topik: tIdAk SeMpAt...

10 November 2011 at 20:31
(copy from Muhammad Aqmarul Azri FB)
Ya Allah, cepatnya masa berlalu...Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlalu. Pejam celik...pejam celik...rupa-rupanya sudah masuk hari yang baru, bulan yang baru...Tahun pula silih berganti sepantas jam saat berdetik...

Kalau begitu, hidup di dunia memang sah sangat pendek jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang abadi. Kalau syurga menjadi destinasi, Alhamdulillah...kalau neraka...nauzubillah...

LEBIH BAIK USAHAKAN SEPERTI INI:

~Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dengan ibadat dan taat...
~Tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati...
~Tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal...
~Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah...
~Tidak sempat terlajak subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing...
~Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah...
~Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang...

Masya-Allah...berlambak rupanya kebaikan boleh dipungut jika selalu tidak sempat membuat kemungkaran dan keburukan...untuk renungan diri sendiri dan sahabat sekalian


Bunga penyeri dunia. . .

Thursday 10 April 2014

Bismillah .. Alhamdulillah

Allah itu amat hampir. Tapi, kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir.

Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. TanpaNya, kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.

Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingatiNya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayatNya. Andai cinta dan takut Allah ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.

PMJ - MAABA - Hijau Itu Menenangkan